::Welcome to My World::

"Ya Allah..Tabahkanlah hati kami semua..Berikanlah kami kekuatan untuk memperjuangkan & memberikan yang terbaik demi ibu dan bapa kami..Sesungguhnya segala kesulitan & dugaan yang engkau berikan..pasti ada hikmah tersembunyi..Kami yakiniMu Ya Allah...


28 December, 2010

::Jika Aku Jatuh Hati::




Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Ameen ameen YA Rabbal alamin~

21 December, 2010

::Tolong Sampaikan Pada si Dia::

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

::Aku Menanti Dia::

Aku sedang menanti dia

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia

Kerana..

Dia pilihan ku..

Aku tidak sempurna..aku manusia biasa punyai banyak khilaf...
Moga dengan hadirnya..menerima apa adanya aku..
Dan membimbingku dunia dan akhirat..ameen..

06 November, 2010

::Home Sweet Home::

"Balik Kampung..oooo...balik kampung.."

Alhamdulillah..selamat sudah sampai ke kampung malam tadi..
Pagi ni semangat sangt bangun pagi.he3...
Mak da kuar gi keje..ti kul 4pm baru balik..
Katanya x nak Ot hari ni..
Sbb nye..kalo Ot..mak x ley r join kitorg (adik beradik)
melepak malam ni...hahaha...
Kene ugut..terus nak balik awl..hek2..
Masuk keje pon awl...7am..
Biasanya masuk kul 8am-8pm.. hehehe...
Papepun..selamt bekerja la wahai bondaku....:')

So..what plan for today..?
Bowling? karox?..ha3...
Ti malam nanti la baru hang out ngn semua..he3...
best3..! Hilang semua penat lelah rasanya..:')

"Pagi yang indah ini...Tersenyum sendiri..
tiak miak burung diluar jendela seakan
memanggil namamu.."

Haha..nyanyi la pulak erk..?
He2...da hampir seminggu tak update blog...
x ade idea sebenarnya + sibuk ngn keje...
So..hari ni baru ade masa nak mengupdate blog...
hehehe...

Di pagi yang nyaman ni...rasanya..cm nak sambung tido je..
he3...jom tido jap...ha2..
Ti ade keje lagi nak wt tengahari kang..kekekeke...
Tata~~

31 October, 2010

::Rinduku Padamu::

Wah.... tajuk entry macam besh je..ha2 :')
Nothing special actually...
Rindu ku masih kuat pada kg. halaman ku..
Hampir 2 bulan aku tidak pulang ke kampung..
Rindu melihat wajah mak...ayah dan adik-adikku..:')
Selama aku merantau..rasanya inilah pertama kali aku tidak balik ke kampung dalam jangka waktu yang sangat lama (pada aku la..) he2..
Biasanya sebulan sekali pasti aku akan pulang ke kampung..
Entah kenapa kali ni ada sahaja halangan tuk aku pulang ke kampung..
Tambahan lagi..mak aku da mula bekerja...cuti pon hujung minggu je..
Nak2 pulak aku ni..cuti pun sehari seminggu dan bukan pada hujung minggu...;"(
Kadang2 membantutkan jugak hasrat nak pulang ke kg.
Erm....InsyaAllah Deepavali ni aku pulang..mak kata...die cuti....!!
Wah..aku pon da adjust cuti...tak sabar benar rasanya di hati nak balik kg..!
Walaupun mid-term seminggu je lagi..aku tidak peduli..
Asalkan aku nak melepaskan rasa rindu ni..he3..
Sekurang-kurangnya...dengan semangat nak pulang ke kg. ni...
ade jugak semangat aku nk membaca buku tok exam nanti..btw...aku da abis bc 1 topik..he2..
walaupun org laen da abis bc semua topic..maybe...
aku tetap bersyukur..aku masih sedar diri yang aku sedang berjuang untuk menggenggam segulung ijazah...:')
Aku harap..lepas pulang dari kampung..melihat wajah mak..aku lebih mudah menyiapkan tugasan2 yang tertungggak..hu2..

Begitu la fiil aku semasa belajar di peringkat diploma dulu...Kalau hati kata nak balik..aku akan balik walau apa pun..Pernah aku ponteng kelas sebab takot ketinggalan bas..Aku bukanlah jenis yang "periang" dalam keluarga aku..maknanya..aku agak garang dengan adik-adik..hehe..tapi..jauh disudut hati...aku ni..penyayang orangnye..he2..dalam hati ada taman la katakan..
Panjang lebar da aku menaip..stop jap la..solat subuh dulu..jom...:')

::Patah Tumbuh..Hilang Berganti::

Peritnya rasa bilamana kita kehilangan sesuatu yang berharga, atau bermakna dalam hidup ini...Terus ku menyelak  satu persatu helaian buku ditanganku.Buku bukan sebarang buku...Buku inilah yang sering kali menemani ku disaat aku lemah dan dahagakan kata-kata semangat agar aku bisa terus menerus berdiri untuk jalani kehidupan ini..Buku karya Dr.Aidh Al-Qarni ini bagaikan memberi satu inspirasi dan semangat baru dalam jiwaku...



Allah SWT tidak akan mengambil sesuatu daripadamu melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik,jikalau engkau mahu bersabar...maka engkau akan mendapati pahala,sepertimana sabda baginda saw yang bermaksud:
"Siapa yang ditinggal mati oleh kekasihnya dan dia bersabar maka pahalanya adalah syurga sebagai pengganti. Siapa yang diambil belahan jiwanya daripada dunia dan dia bersabar maka syurga sebagai pengganti. Siapa yang kehilangan anaknya dan dia bersabar maka akan dibangunkan sebuah rumah baginya di dalam Syurga.."

Janganlah engkau bersedih hati disebabkan dengan suatu musibah, kerana yang telah menetapkan musibah sesungguhnya telah menyediakan balasan dan pengganti yang jauh lebih baik iaitu balasan syurga dan pahala yang berlipat kali ganda.

Sesungguhnya para wali Allah telah diuji oleh pelbagai cubaan dan musibah dan mereka telah dijanjikan syurga olehNya:

"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu"  (Al-Ra'd : 24)
Adalah wajib ke atas kita untuk melihat pengganti, balasan kebaikan dan pahala daripada musibah yang kita hadapi. Firman Allah SWT:

"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah : 157)
Berilah khabar gembira orang-orang yang sabar dalam menghadapi cubaan daripada Allah SWT. Sesungguhnya umur dunia ini amat singkat dan harta karunnya adalah amat tidak berharga, sedangkan akhirat adalah kampung yang lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia. Maka barang siapa yang menghadapi musibah dunia, nescaya cukup akhirat baginya, sesiapa yang penat dan letih di dunia maka dia akan rehat di akhirat.

Adapun orang-orang yang bergantung kepada dunia, mencintai dan mengejar-ngejarnya maka mereka itu akan terseksa oleh kehilangan keberuntungan mereka atas dunia, yang mana mereka telah menghabiskan masa rehat mereka untuk mengejarnya. Oleh sebab itu, musibah-musibah yang datang menimpa akan mereka rasai amat besar dan dahsyat kerana mata mereka hanya tertuju pada tapak kaki sehingga yang dilihat hanya dunia yang fana dan tidak beerti ini.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, apa yang telah terjadi biarkanlah berlalu dan jadikanlah dirimu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beruntung. Telah diutus kepadamu suatu risalah yang jelas ajarannya, ajaran yang penuh kasih sayang, pahala dan pilihan yang baik, maka bagi orang-orang yang ditimpa musibah hendaklah dia melihat pengajaran hasil dan kebaikan yang ada disebaliknya.

"Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya daripadanya ada seksa"  (Al-Hadid : 13)

Segala sesuatu yang ada di sisi Allah adalah yang lebih baik dan berkekalan, dan itulah sebaik-baik dan setinggi-tinggi pahala.

Nukilan: Dr. Aidh Al-Qarni..


Selesai sudah membacanya..:')
Lega sungguh rasa di benak ku ini...

Doa Zulaikha

Seandainya telah kau catatkan dia milikku...
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami
agar kebahagiaan itu abadi…
Seiringan kami dalam melayari…
Hidup kesepian yang sejahtera…

Tetapi Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Ya Tuhan…Maha Mengerti
Gantikanlah yang telah hilang,
Meskipun tak akan sama dengan dirinya…
Ya Tuhanku
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya…
Jika benar cinta itu cinta sejati…
maka bebaskan itu.
Jika benar cinta itu suci…
ia akan datang dengan sendirinya…

Tetapi jika cinta itu pergi
dan tidak berkunjung lagi,
Maka anggaplah cinta itu memang
tidak wujud dari awal lagi…
Jika benar dia dijadikan untukku…
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…

Tetapi..
Jika dia bukan dijadikan untukku,
maka jauhkan aku daripadanya dan
Hapuskanlah perasaanku terhadapnya.

Ameen..

29 October, 2010

::Mulakan Harimu Dengan Senyuman::

Keajaiban Senyum~~

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




::BerHenTi MeNyesaLi NasiB::

Assalamualaikum Wbt..
1st of all.. terima kasih kepada  Mastura atas perkongsian ini..:')
Sama-sama kita renungkan...

::I miss You::

Assalamualaikum Wbt..

Hari ini..malam ini..aku tidak tahu..nape ntah rase cm sedih...sebak..nak nangis pon ade.... Aku stress? aku tertekan? aku tak rase cmtu pulak... Tp aku rase rindu sgt nk balik kg..last aku balik kg masa ari raya ari tu...

Hari ni n esok aku cuti....mmg ada niat nak balik... tapi bila mengenangkan tak ada sesape kt umah..hajat ku tergendala... mak aku da mula bekerja..kesian kt mak aku..kami bukn org senang...mak aku da 10 tahun x bekerja.. aku x sanggup pon die bekerja..tapi aku juga tidak mampu menyara semuanya...ayah aku baru bekerja setelah setahun kehilangan kerja disebabkan penganiayaan org laen...kami tetap terima semua ni sebagai ujian dariNya...Kami tetap seperti biasa (ketawa,tersenyum) walau hakikatnya....Allah shj yg mengetahui....

Aku masih ingt.. sehari sebelum Mak nak bekerja...mak tefon aku..bg tau.."mak nak keje"... aku tanya knp..?..sempoi je mak aku jawab.."belanja da besar da sekarang"... mungkin sebab nak kumpul tok perbelanjaan adik aku kawen...aku sedih... mak aku tanya lagi.."boleh tak mak keje?"...aku terdiam...pastu aku jawab..."kejelah...x larat..berhenti...jgn paksa diri.."..mak aku gelak je...dalam hati aku masa tu terdetik..perlu kah aku berhenti belajar??..aku pernah mengajukan soalan itu pada mak aku..perlukah aku berhenti belajar..? mak aku kata..jangan..teruskan apa yg aku ada sekarang..tidak semua org ada peluang blaja..jadi blaja la....aku sebak sgt dengar mak aku ckp mcm tu....:""(

Esoknya...kul 8mlm..aku telefon mak...nk bertanyakan mcm mana 1st day keje... bila mak jawab tefon..aku dgr suaranya mcm serak2 n selsema...aku tanyakan kenapa suara? mak nangis ke?..mak jawab.."tak lah...da lama x keje..jadi rase sakit2 badan sikit..biasalah tu..baru nk panas enjin..".. Ya Allah..dlm hati aku hanya Allah yg tahu...kalau lah aku mampu...:'''(..tp aku tak mahu "emosi" ku ini tersedar oleh mak aku..aku cuba wt lawak je kt die...mak aku gelak je...huk3~~

I miss u Mom..:'''(

IBU..Aku rinDu...

Ibu pinjamkan pundakmu padaku

Agar aku bisa mengeluh, menceritakan semua beban beratku


Ibu, pinjamkan pundakmu padaku
Agar aku bisa menangis, meski aku anak pertama yang harus menuntunmu

Ibu, pinjamkan pundakmu padaku
Agar aku bisa merasakan, cintamu yang selalu kurindu


Ibu, pinjamkan pundakmu padaku
Agar aku bisa terlelap, dan terbangun dari cobaan berat

Ibu, pinjamkan pundakmu padaku
Agar aku bisa jujur, bahwa aku yang jauh ini amat sangat merindukanmu

Ah,, Ibu,, andai aku bisa bersandar di pundakmu
Aku pasti akan merasakan kesempurnaanmu
Aku pasti teteskan air mata, menghitung ribuan salahku padamu

27 October, 2010

::Bersangka Baiklah Pada-Nya::

Assalamualaikum Wbt..

Aku baru dalam dunia blogger ini..Aku dikenali sebagai ana oleh teman-teman ku...Aku merupakan anak sulong dari 7 adik beradik...Sekarang aku bekerja sambil belajar disebuah institusi pengajian tinggi swasta..
Bekerja sambil belajar tidaklah semudah yang dibayangkan..ketika ini..aku sudah berada di semester 2 pengajian ku...Alhamdulillah aku lulus semester pertama ku..walaupun tidak secemerlang mana...

Ketika ini..rakan-rakan seperjuangan ku sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu di submitkan pada pertengahan bulan Nov ini..Tetapi aku..masih keliru dan buntu....Sejujurnya..aku masih kecewa dengan keputusan semester ku yang lepas...Bukan aku ingin mengatakan aku bagus dalam tugasan,presentation atau ketika menjawab soalan exam...tetapi untuk subjek yang "itu"..aku benar-benar terkejut..terfikir-fikir dibenak fikiranku kenapa aku yang paling rendah markah dikalangan rakan-rakan ku..aku benar-benar kecewa..walaupun aku sepatutnya perlu redha atas segalanya...Ampunkan ku ya Allah kerana menyalahi takdirmu..sesungguhnya..Pasti ada hikmah disebalik semua ini...Bersangka baiklah pada-Nya..

Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:


“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597) ..
Doakan yang terbaik untuk diriku..Wasalam...

It's Life... Wake up from the past =)

Anda Mungkin Juga Meminati: